37 maut trak jatuh gaung
19/08/2010 3:17am
SHIMLA 19 Ogos – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh apabila sebuah trak yang membawa muatan berlebihan jatuh ke gaung di utara India, semalam.
Trak yang membawa hampir 70 orang itu jatuh ke gaung setinggi 200 meter di Himachal Pradesh, kira-kira 180 kilometer ke utara ibu negeri Shimla.
“Mereka dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis hari jadi ketika pemandu tiba-tiba hilang kawalan,” kata seorang polis tempatan, Bahadur Singh.
Menurut Singh, mangsa yang terkorban termasuk 21 orang wanita, sembilan orang lelaki dan tujuh orang kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya 25 orang lagi cedera. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan