PILIHANKU

TAJAAN

18 Ogos 2010

ASKAR AS BERUNDUR 2011...?

2011, AS undur tentera dari Afghan muktamad

WASHINGTON 16 Ogos - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates berkata, tarikh Julai 2011 untuk memulakan pengunduran askar AS dari Afghanistan adalah muktamad, sekali gus menyangkal pandangan komander tertinggi AS di Afghanistan.
Gates dan Jeneral David Petraeus sepakat mengenai keperluan untuk mengundurkan askar AS secara beransur-ansur tetapi dilihat berbalah berhubung kelonggaran tarikh pengunduran yang diberikan oleh Presiden Barack Obama pada November lepas.
"Tidak ada keraguan dalam fikiran sesiapa pun kita akan mula mengundurkan askar pada Julai 2011," kata Gates kepada akhbar Los Angeles Times, hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 18/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan