PILIHANKU

TAJAAN

12 Ogos 2010

GADIS MANGSA ROGOL DAN BUNUH DI KEDAH...?



Gadis disyaki mangsa rogol, ditemui mati dalam kebun getah

11/08/2010 4:05pm

SUNGAI PETANI 11 Ogos _ Seorang wanita disyaki dirogol dan dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di kawasan ladang getah berhampiran Taman Kelisa Ria, di sini hari ini.
Mangsa berusia awal 20-an ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh seorang penoreh getah dalam keadaan separuh bogel dengan kecederaan parah di kepala selain tangan kiri diikat dengan dawai.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan awal polis mendapati, mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 12/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan