PILIHANKU

TAJAAN

18 Ogos 2010

JET YAHUDI SERANG GAZA...?

Foto hiasan
Jet tentera udara Zionis serang Gaza
18/08/2010 9:35am


GAZA 18 Ogos - Jet-jet tentera udara Israel telah melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di tengah dan selatan Genting Gaza tengah malam tadi, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan, kata sumber keselamatan Palestin.
Sumber itu berkata, jet-jet F16 Zionis menyasarkan serangan ke atas terowong penyeludupan di bandar Rafah di sempadan antara Gaza dan Mesir. Terowong itu dilaporkan musnah.
Jet tentera Zionis turut menyerang bangunan kosong di bandar Khan Younis. Bangunan-bangunan itu berhampiran sempadan Gaza dan Israel.
Sebelum itu, satu pertempuran antara pejuang Islam dengan tentera Zionis telah berlaku di kawasan tersebut kelmarin menyebabkan seorang pejuang terbunuh manakala seorang tentera Israel cedera. - DPA

Sumber: Utusan Malaysia Online, 18/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan