PILIHANKU

TAJAAN

12 Ogos 2010

LAGI-LAGI BAYI DIBUANG...?

Bayi dijumpai di dalam tong sampah

11/08/2010 6:33pm

MELAKA — Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Ayer Keroh di sini menemukan seorang bayi perempuan di dalam sebuah tong sampah berhampiran tempat kerjanya, awal pagi ini.
Mohd. Asri Shaari, 44, berkata, beliau yang ketika itu baru lepas bersahur di kantin kilang, memeriksa tong sampah berkenaan selepas terdengar suara tangisan bayi pada kira-kira pukul 5.15 pagi.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sini beliau berkata selepas diperiksa beliau menemukan bayi yang masih bertali pusat itu di dalam sebuah beg di dalam tong sampah tersebut.
Katanya beliau terus menghubungi polis, dan bayi itu kini berada di Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Kosmo! Online, 12/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan