PILIHANKU

TAJAAN

19 Ogos 2010

LEBIH 67 MAUT DALAM BANJIR LUMPUR DI CHINA...?

67 dikhuatiri mati tertimbus

PASUKAN petugas dan penduduk sama-sama menjalankan operasi menyelamat di bandar Puladi yang terletak di daerah Gongshan, Yunnan, yang ditenggelami banjir lumpur semalam. - REUTERS

BEIJING 18 Ogos - Sekurang-kurangnya 67 orang dilaporkan hilang setelah banjir lumpur melanda sebuah bandar terpencil di barat daya China yang berhampiran dengan Myanmar.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, banjir lumpur akibat hujan lebat itu melanda sebuah bandar di daerah Gongshan, yang terletak di penjuru kawasan bergunung-ganang di wilayah Yunnan, awal pagi ini.
"Jumlah mangsa yang terbunuh tidak diketahui buat masa ini," kata laporan itu.

Pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan terpencil itu, yang juga terletak dekat dengan Tibet.
Air Sungai Nu, yang mengalir dari kawasan pergunungan melimpahi tebing kerana paras airnya meningkat kepada enam meter akibat hujan lebat, tambah Xinhua.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan