PILIHANKU

TAJAAN

11 Ogos 2010

MAUT DIHEMPAP TRAKTOR SENDIRI...?

Pemandu Traktor Kelapa Sawit Maut Dalam Kemalangan
IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Seorang pemandu traktor maut apabila kenderaan itu menghempapnya setelah terbabas ke dalam parit di kebun kelapa sawit Sungai Pergam, Bagan Datoh, 130 km dari sini pada Selasa.

Mohamad Khafizin Basiran, 20, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata kejadian pada pukul 1.35 petang itu berlaku ketika Mohamad Khafizin dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke sebuah kilang berhampiran.

"Ketika tiba di satu kawasan menurun, kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke dalam parit berhampiran," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata mayat Mohamad Khafizin dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA, 11/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan