Pesawat patah tiga dipanah petir
BOGOTA - Sebuah jet penumpang terhempas semasa mendarat dalam cuaca ribut di Pulau San Andres, Colombia, kelmarin menyebabkan seorang penumpang terbunuh manakala 114 lagi cedera, kata pihak berkuasa tempatan.
Pesawat jenis Boeing 737-700 milik syarikat penerbangan tempatan, Aires itu membawa 121 orang penumpang dan enam orang krew.
Semasa kejadian, pesawat itu terhempas di landasan semasa petir dan angin kencang.
Sumber: Kosmo! Online, 18/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan