PILIHANKU

TAJAAN

12 Ogos 2010

RIBUT LUAR BIASA...?

Awan bawa ribut luar biasa


Awan hitam yang besar bergerak ke bandar Helsinki baru-baru ini.

HELSINKI, Finland - Beberapa keping gambar kejadian ribut luar biasa yang mencederakan berpuluh-puluh orang dan menyebabkan kumpulan rock terkenal, Motley Crue membatalkan konsert mereka di Finland disiarkan media tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman tersebut dibuat semasa awam berwarna hitam, angin kencang, hujan lebat dan petir melanda bandar raya Helsinki dan beberapa buah kawasan lain di negara itu baru-baru ini.
Sejumlah 40 orang cedera dengan dua orang lagi mengalami kecederaan serius semasa menonton konsert Motley Crue di Festival Sonisphere, di bandar Pori.
Ribut itu turut menyebabkan sebuah pentas rosak teruk.
Sumber: Kosmo! Online, 12/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan