PILIHANKU

TAJAAN

21 Julai 2010

USTAZ DITANGKAP BERKHALWAT DI HOTEL MURAH...?

Ustaz kena cekup khalwat
Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/07/21

Lelaki ditemui berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel murah 

ALOR SETAR: Seorang ustaz berusia 39 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel murah di Taman Teja, Changlun, dekat sini, tengah hari kelmarin.


Lelaki itu ditahan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu ketika ditemui bersekedudukan di dalam sebuah bilik hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari bersama wanita terbabit yang berusia 36 tahun.


Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri dan mempunyai lima orang anak yang masih kecil, manakala pasangannya mempunyai suami serta seorang anak. 

Sumber berkata, ketika serbuan itu, pintu bilik hotel berkenaan dibuka seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan dia terkejut apabila melihat kehadiran anggota penguatkuasa pejabat agama dan RELA serta membenarkan pemeriksaan dilakukan. 



Sumber: Berita Harian Online, 20/7/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan