PILIHANKU

TAJAAN

07 September 2010

5 NELAYAN INDON MENCEROBOH...?

Lima nelayan Indonesia ditahan

PULAU PINANG 6 Sept. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima orang nelayan Indonesia kerana dipercayai menceroboh kawasan perairan negara di Kampung Sungai Udang, Seberang Perai Selatan (SPS), di sini Jumaat lalu.
Lima lelaki berusia dalam lingkungan 25 hingga 27 tahun dan berasal dari daerah Langket, Sumatera Utara, Indonesia itu ditahan pada kedudukan longitud 99 36.02 timur dan latitud 05 10.45 utara, pukul 11.20 pagi.
Pengarah Unit Siasatan Daerah Maritim Dua Pulau Pinang, Leftenan Maritim Mohd. Shah Rulashari Ahmad Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, penahanan kelima-lima nelayan itu dibuat hasil rondaan kapal KM Ciamil dalam Ops. Satria Utara diketuai Pegawai Memerintah kapal, Leftenan Hilmi Abdullah.
"Semasa melakukan rondaan di kawasan Selat Melaka utara, kita mendapati bot berkenaan yang tidak mempunyai nombor pendaftaran sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan negara," katanya.
Agensi Berita Antara hari ini melaporkan, lima rakyat negaranya yang dikenali sebagai Naser (34), Junaidi (30), Iswadi (32), Jolauni (31) and Ali Akbar (22) ditahan oleh polis negeri ini di Kampung Jawi, SPS.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/9/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan