PILIHANKU

TAJAAN

03 Februari 2011

ROONEY TEMUI SENTUHAN GOL...?

MANCHESTER – Sir Alex Ferguson percaya Wayne Rooney kini sudah menemui semula sentuhan jaringannya, selepas penyerang England itu menjaringkan dua gol ketika Manchester United menang 3-1 ke atas Aston Villa di sini, kelmarin.
Rooney tidak lagi menjaringkan gol di Old Trafford sejak kemenangan 2-1 ke atas Liverpool pada Mac lalu, sebelum dia mengalami kecederaan pergelangan buku lali pada perlawanan di Bayern Munich.
Penyerang itu hanya menjaringkan lima gol setakat ini ketika United masih berkelebihan lima mata di tangga teratas Liga Perdana dan kemenangan terbaru kelmarin, menyamai rekod kelab iaitu 20 perlawanan tanpa kalah, yang dicatat ketika mereka memenangi kejuaraan treble pada musim 1998/99.
Ferguson menegaskan, dia tidak pernah meragui Rooney akan kembali menemui sentuhan gol dengan berkata: “Jaringan gol sentiasa membantu penyerang yang masih dahagakan untuk bermain.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan