PILIHANKU

TAJAAN

05 Februari 2011

JANGAN LEBIH-LEBIH...?

REAKSI RAKYAT MALAYSIA...?


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tujuh orang lelaki ditahan kerana menimbulkan kekacauan ketika satu perhimpunan haram membantah campur tangan Amerika Syarikat dalam urusan kerajaan Mesir di pekarangan Kedutaan Amerika, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Mereka ditahan kerana bertindak agresif dengan membaling botol dan pelbagai lagi benda keras serta tidak mahu bersurai apabila diminta,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Tujuh lelaki tersebut adalah antara hampir 2,000 orang yang menyertai perhimpunan haram tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat.
Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu bagaimanapun berjaya disuraikan pihak polis 20 minit kemudian. - Bernama


FOTO SEKITAR PERHIMPUNAN DI KEDUTAAN AMERIKA
Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000 people protested outside the embassy, calling for Egyptian President Hosni Mubarak to step down.
Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000 people protested outside the embassy, calling for Egyptian President Hosni Mubarak to step down.

Sumber:Utusan Malaysia Online, 5/2/2011
Foto daripada Pinkturtle2.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan