PILIHANKU

TAJAAN

03 Februari 2011

MISI MENYELAMAT RAKYAT MALAYSIA DI MESIR...?


KUMPULAN krew penerbanganTUDM yang pertama dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat Charlie di Pangkalan Tentera Udara Subang, 02 FEB 2011. UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ
A330
A340
SEPANG 2 Feb. – Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat jenis A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun berkata, setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa.
Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai “shuttle” dari Kaherah ke Jeddah, katanya.
Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan