Kerajaan Selangor biaya kos perundangan Shuhaimi
04/02/2011 4:55pm
Foto Shuhaimi yang diconteng penentang...?
SHAH ALAM 4 Feb. - Kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Isnin ini, akan dibiayai kerajaan Selangor.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Shuhaimi.
ADUN Sri Muda itu yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja akan dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor. - Bernama
Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan