PILIHANKU

TAJAAN

04 Februari 2011

MANGSA BERKECAI DIGILIS...?

Foto hiasan...?
MAYAT BERKECAI DI KM 269.9...?
IPOH - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berkecai selepas digilis beberapa kenderaan di Km 269.9 Lebuh raya Utara-Selatan dalam satu kemalangan malam tadi.
Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, mayat Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 25, dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ditemui orang ramai kira-kira pukul 8 malam yang kemudian membuat laporan polis.
Mohd Ridzuan yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari utara ke selatan dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan kenderaan lain di lebuh raya itu dan digilis beberapa buah kenderaan lain, katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata turut cedera dalam kejadian itu ialah seorang lagi penunggang motosikal yang merempuh Mohd Ridzuan.
Bagaimanapun Irwan Fahmi Mat Ariff, 22, seorang anggota tentera yang berasal dari sini hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya.
Beliau berkata kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes langgar lari dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. - Bernama
Sumber: Kosmo! Online, 4/2/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan