Abbas mahu Obama buat keputusan tegas
2010/06/09
WASHINGTON: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Presiden Barack Obama membuat 'keputusan tegas' mengenai Asia Barat apabila beliau menemui presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih hari ini. Perbincangan mereka dijangka berkisar pada kejadian 31 Mei lalu di mana komando Israel melakukan serbuan ke atas kapal MV Mavi Marmara, bagi memastikan ia tidak menjejaskan rundingan tidak langsung Israel-Palestin yang sedang diatur oleh Washington selama beberapa bulan.Abbas akan juga menyentuh mengenai langkah Amerika untuk memecahkan kebuntuan berhubung sekatan Israel di Semenanjung Gaza, yang menjadi semakin sukar berikutan serangan pasukan marin negara Yahudi itu sehingga mengakibatkan sembilan rakyat Turki maut.
Sumber: Berita Harian Online, 9/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan