PILIHANKU

TAJAAN

19 Jun 2010

LORI REMPUH BELAKANG TRELER...?

Pemandu, kelindan maut lori rempuh belakang treler

KEADAAN lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pemandu dan kelindannya di Lebuh AMJ, Melaka, semalam.


MELAKA 18 Jun - Seorang pemandu lori dan seorang kelindannya maut apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Lebuh AMJ berhampiran Paya Dalam, di sini hari ini.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandunya, Nazib Mohamad, 32, dari Kota Tinggi, Johor dan kelindan, Mohd. Shah Rezza Abd. Wahab, 23, dari Johor Bahru, Johor.

Kejadian berlaku pada pukul 6.45 pagi ketika lori tiga tan yang membawa muatan barang plastik itu sedang dalam perjalanan dari arah Muar ke pusat bandar.
Pegawai Turus Trafik Melaka Tengah, Asisten Supritendan Poon Nam E. Keling berkata, sejurus sampai di lokasi itu, lori terbabit gagal dikawal lalu merempuh belakang sebuah treler membawa muatan kayu di lorong kiri jalan berkenaan.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 19/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan