PILIHANKU

TAJAAN

06 Jun 2010

MASJID KRISTAL: Daripada kaca dan keluli...?


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 orang jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.Yang Di-Pertuan AgongTuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.
Masjid Kristal: Panorama waktu malam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan