PILIHANKU

TAJAAN

14 Jun 2010

MAUT SUAMI ISTERI KERANA KEMALANGAN....?

SEHIDUP SEMATI APABILA MAUT KEMALANGAN DI TEMERLOH

TEMERLOH 13 Jun - Keriangan seorang isteri meraikan kepulangan suaminya dari menunai umrah bersama-sama dua anak mereka ternyata tidak lama apabila pasangan itu terbunuh dalam kemalangan malam semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila kereta Perodua Alza yang mereka naiki terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 99 Lebuh Raya Pantai Timur di Lanchang.
Mangsa ialah pemandu kereta itu, Mohd. Norazuani Mohamad Nor, 30, yang baru pulang daripada menunaikan umrah dan isterinya, Salina Mohd. Nawawi, 29, Salina duduk di kerusi belakang pemandu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Mohd. Norazuani yang masih memakai jubah hilang kawalan ketika memandu melalui jalan tersebut.
Katanya, kereta itu lalu merempuh besi penghadang jalan dekat susur masuk ke lebuh raya dari Plaza Tol Lanchang.
"Akibatnya, besi penghadang terbabit menembusi kenderaan sebelum merodok Mohd. Norazuani dan isterinya.
"Mohd. Norazuani yang cedera di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Salina menghembus nafas terakhir ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber: Suntingan daripada Utusan Malaysia Online, 14/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan