PILIHANKU

TAJAAN

06 Jun 2010

SUKARELAWAN MALAYSIA SELAMAT PULANG...?

a
6 Jun 2010

Seramai 12 orang sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim Israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi ini.

Mereka yang berlepas dari Istanbul, Turki adalah aktivis dan wakil media yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel itu.

Maklumat laman web Lifeline4Gaza sebelum ini menyatakan mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.
Sumber: Harakahdaily Online, 6/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan