PILIHANKU

TAJAAN

04 Ogos 2010

34 WARGA CHINA DITAHAN...?

34 wanita China ditahan dalam Ops Noda

03/08/2010 6:43pm

GEORGE TOWN - Polis menahan 34 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan ”Ops Noda” di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, kesemua wanita yang berusia antara 25 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi pada pukul 1 pagi.
Turut ditahan seorang rakyat tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga premis itu.
"Sebaik menyedari diserbu mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi polis berjaya menahan mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua wanita itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Sumber: Kosmo! Online, 4/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan