PILIHANKU

TAJAAN

07 Ogos 2010

HADI AWANG: HAK ISTIMEWA MESTI DIKEKALKAN...?

Kekalkan hak istimewa bumiputera

MARANG 6 Ogos - Pas berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan termasuk dasar pemberian diskaun dalam pemilikan hartanah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia kerana majoriti penduduk yang miskin Ialah kaum bumiputera dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan tersebut.
"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoriti adalah yang berhak kerana majoriti yang miskin Ialah bumiputera, yang bukan bumiputera tidaklah besar (jumlah) jika dibandingkan bumiputera," katanya selepas majlis pelancaran buku bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, hasil karya beliau sempena Jubli Perak Maahad Darul al-Quran di Rusila di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan