Serangan bom di Myanmar dua terbunuh
07/08/2010 2:57am
YANGON 7 Ogos - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam satu kejadian letupan bom di bandar Myawaddy yang terletak di tenggara negara ini, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan junta tentera hari ini.
Kejadian serangan bom sering melanda negara ini sejak beberapa tahun lalu dan kerajaan junta tentera menuduh kumpulan tentera yang hidup dalam buangan serta beberapa orang pejuang etnik sebagai bertanggungjawab terhadap serangan itu. - AFP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan