PILIHANKU

TAJAAN

18 Ogos 2010

IBU KEJAM CEKIK 2 ANAK KECIL...?

Ibu cekik dua anak kecil, tenggelamkan mayat bersama kereta

2010/08/18

ORANGEBURG, South Carolina: Seorang ibu mengaku membunuh dua orang anak kecilnya dengan mencekik mereka sebelum menenggelamkan mayat mereka bersama-sama keretanya ke dalam sebuah sungai. 

Penganggur, Shaquan Duley mengikat kemas mayat dua orang anak lelakinya yang berusia 18 bulan dan dua tahun pada tempat duduk sebelum menolak kereta berkenaan ke Sungai Edisto Utara dalam usaha menghilangkan bukti perbuatannya itu.
“Beliau benar-benar berfikir bahawa tanpa kanak-kanak itu beliau boleh bebas. Saya rasa beliau bosan dengan leteran ibunya yang beliau tidak menjaga anaknya atau hanya mahu bebas," kata Sherif Orangeburg County, Larry Williams, pada sidang media semalam.

Sumber: Berita Harian Online, 18/8/2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan