PILIHANKU

TAJAAN

18 Ogos 2010

PEMUDA PANCASILA KERJANYA BAKAR BENDERA....?

PENUNJUK perasaan Pemuda Pancasila membakar bendera Malaysia di Jakarta semalam.
PENUNJUK perasaan Pemuda Pancasila membakar bendera Malaysia di Jakarta semalam.


Setiap kali timbul krisis kecil, akan ada tindakan berlebihan segelintir rakyat Indonesia yang seolah-olah lupa akal dan rasional serta agama. Penulis terpanggil untuk meluahkan pandangan berikutan tindakan Pemuda Pancasila yang asyik bertindak membakar bendera Malaysia. Mungkin sudah berapa banyak yang dibakarnya?? Pada mereka, merekalah juara dan pejuang. Buruk sangatkah tanggapan mereka terhadap negara kita Malaysia. 

Pada pandangan penulis, tindakan segelintir, bukan semua rakyat Indonesia merupakan tindakan yang menonjolkan kelemahan dan kebodohan diri sendiri. Gunakanlah akal yang waras, sengketa mana yang tidak berpenghujung? Sebagai negara serumpun dan seagama, bertindaklah mengikut lunas yang  benar dan matang. Jangan biarkan nafsu dan dendam menguasai diri.

Sengketa dan perselisihan mesti diselesaikan dengan baik, waras, matang dan berilmu. Jagalah hati dan perasaan masyarakat serumpun. Diam kami rakyat Malaysia kerana berprinsip, bukannya kerana takut! Ramadan bulan keberkatan.

Komen penulis: Kita akan kirimkan lagi bendera Malaysia ke sana....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan