PILIHANKU

TAJAAN

11 Ogos 2010

JUTAWAN ARAB JOLI DI LONDON...?

Pelancong bilionair Arab suka London


SEORANG lelaki Arab keluar dari sebuah kereta sport di luar Hotel Berkley di tengah London baru-baru ini.

LONDON - Bandar raya London kini menjadi tumpuan keluarga bilionair dari negara-negara Asia Barat seperti Kuwait, Abu Dhabi, Arab Saudi, Qatar dan Dubai untuk memandu kereta sport mewah yang dibawa khas dengan menggunakan jet peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.
"Tidak seperti Amerika Syarikat (AS) atau Perancis, penduduk di London dirasakan lebih mengalu-alukan kedatangan mereka. London juga dikatakan selamat dan penduduknya mesra," kata Editor akhbar Al-Quds, Hussam Baramo. Kawasan Knightsbridge yang terletak di barat London kini dikenali sebagai Little Kuwait.
Kehadiran keluarga bilionair itu menyebabkan kereta mewah Bugatti Veyron, Ferrari atau Rolls-Royce begitu mudah dilihat oleh orang ramai di London.
Sumber: Kosmo! Online, 11/8/2010
Komen penulis: Arab lemah kerana kekayaan....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan