PILIHANKU

TAJAAN

11 Ogos 2010

KINI 22 HOTEL MILIKI SIJIL HALAL...?

22 hotel, 51 dapur di KL ada sijil halal

10/08/2010 5:35pm

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Sebanyak 22 buah hotel dan 51 buah dapur di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan pensijilan halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga semalam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, Jakim mengambil pendekatan memaklum dan menasihatkan masyarakat Islam di negara ini yang memilih untuk berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis-majlis berbuka di hotel agar memilih hotel atau premis yang telah disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau turut menasihati pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalah guna terma-terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti istilah ‘Bufet Ramadan’. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online, 11/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan