PILIHANKU

TAJAAN

17 Ogos 2010

MALAYSIA HANTAR NOTA BANTAHAN...?

Ceroboh kedutaan: Malaysia hantar nota bantahan

JAKARTA 16 Ogos - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar dan Polis Republik Indonesia kerana gagal mengawal keamanan dan keselamatan harta di kawasan kedutaan.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan berkata, beliau telah menghantar nota bantahan itu kerana sekumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan telah merosakkan harta-benda di kawasan bangunan milik kedutaan hari ini.
"Saya kecewa kerana anggota polis yang bertugas gagal menghalang para penunjuk perasaan daripada merosakkan harta milik kedutaan," katanya ketika ditemui selepas tunjuk perasaan tersebut di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 17/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan