PILIHANKU

TAJAAN

06 Ogos 2010

MAYAT LELAKI DIBUNGKUS PLASTIK...?

Mayat lelaki dibungkus plastik ditemui

06/08/2010 8:29pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditemui mati dengan kedua-dua belah tangannya terikat dan badannya dibungkus plastik hitam, dalam sebuah longkang besar di Jalan Belmas Johan 5, Rawang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang enggan memperkenalkan diri mengenai penemuan mayat itu pada kira-kira pukul 2 petang.
Beliau berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui mayat itu dalam sebuah longkang sedalam dua kaki, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam longkang. "Mayat itu ditemui dalam plastik hitam dengan kedua-dua belah tangan diikat ke hadapan dengan tali, dan lelaki itu dipercayai mati 24 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya ketika dihubungi.
Sumber: Kosmo! Online, 6/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan