PILIHANKU

TAJAAN

07 Ogos 2010

BUBUR BUTIR NANGKA...em, pasti nak lagi...?

BUBUR BUTIR NANGKA
Butir Nangka

Bubur Butir Nangka (7-8 orang)
  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan 
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan untuk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula @ nise @ gula melaka
  • 1 sudu makan halba 
  • daun pandan
  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna dan kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan dan tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Apabila dah siap bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Sumber: Ubah suai daripada Blogresepi.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan