PILIHANKU

TAJAAN

04 Ogos 2010

NAHAS UDARA RUSIA: 11 MAUT...?

Pesawat Rusia terhempas di Siberia, 11 maut

BADAN pesawat penumpang Rusia yang musnah setelah terhempas dekat bandar Igarka di Arctic, Siberia, kira-kira 3,000 kilometer ke Moscow, kelmarin. - REUTERS


MOSCOW 3 Ogos - Seramai 11 orang terbunuh sementara empat orang lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang terhempas ketika mendarat dalam cuaca berkabus di sebuah lapangan terbang utara Siberia hari ini.
Kapal terbang jenis AN-24 yang membawa empat krew dan 11 orang penumpang dalam proses mendarat selepas penerbangan dari bandar Krasnoyarsk ke pekan Igarka di rantau yang sama.
"Nahas yang berlaku menyebabkan seorang krew dan 10 penumpang terkorban.
"Kapten penerbangan, pembantu juruterbang, mekanik dan seorang penumpang pula berada di hospital," kata jawatankuasa siasatan pendakwa raya dalam satu kenyataan.
Siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti berlaku atau tidak pelanggaran undang-undang keselamatan pengangkutan udara dan sekumpulan penyiasat kini berada di tapak kejadian.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 4/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan