PILIHANKU

TAJAAN

03 Ogos 2010

PEMINAT IMAM MUDA MENCECAH 50 RIBU...?

Semua Imam Muda ke Madinah

ASYRAF MEMBERI SEPATAH DUA KATA SELEPAS MERANGKUL GELARAN IMAM MUDA.


TEKA-teki tentang siapakah yang dinobat sebagai Imam Muda unggul akhirnya terjawab sudah apabila peserta dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, atau Asyraf diumumkan sebagai juara.

Menepati ramalan, Asyraf yang sebelum ini berpengalaman sebagai imam mengetepikan pencabar terdekatnya iaitu Hizbur atau Hizbur Rahman Omar Zuhdi,seorang guru tahfiz yang berasal dari Baling, Kedah.
Baik Asyraf mahupun Hizbur masing-masing memang berkelayakan bergelar imam dan menerusi rancangan Imam Muda, bakat dan kebolehan mereka diasah daripada pelbagai aspek keagamaan.

Pada malam kemuncak rancangan itu yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, kedua-duanya dikehendaki menyampaikan tazkirah, mengaji al-Quran secara bertarannum, mengalunkan zikir serta menjawab soalan-soalan secara spontan.

Biarpun ini merupakan penerbitan sulung Imam Muda, objektif untuk mengangkat status imam ternyata bukan hanya omongan kosong.
Penerimaan terhadap rancangan itu cukup meluas. Bahkan, di laman sosial Facebook Imam Muda, bilangan peminat kini sudah mencecah lebih 50,000 orang.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan