PILIHANKU

TAJAAN

03 Ogos 2010

ANNUAR KEKAL PRESIDEN KAFA...?

Annuar kekal Presiden KAFA

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak akan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), walaupun tugasnya kini lebih mencabar.
Hal ini kerana, katanya tidak terdapat peraturan yang mewajibkan beliau meletakkan jawatan dalam KAFA, selepas dipilih sebagai timbalan presiden FAM.
Bagaimanapun beliau akan mengadakan perbincangan dengan ahli majlis KAFA mengenai kedudukannya.
"Pada masa ini, saya masih Presiden KAFA tetapi saya akan membincangkan kedudukan saya dengan ahli majlis KAFA.
"Saya mungkin tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada pasukan Kelantan, memandangkan tugas saya di FAM membawa cabaran pasukan Malaysia ke peringkat antarabangsa," katanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 3/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan