SUNGAI BULOH: Siapa tembak siapa? Itulah persoalan yang cuba dirungkai polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, di dalam kenderaan dipandu bekas Yang Berhormat (YB) itu di Kilometer 455.7 Lebuh raya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.
Kedua-dua mereka dipercayai ditembak dari jarak dekat berdasarkan tiada bukti tembakan dilepaskan dari luar kenderaan. Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan pada kepala Abdul Aziz manakala kepala Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 milik Abdul Aziz di dalam Toyota Caldina dinaiki mereka.
Difahamkan, kereta berkenaan yang dipandu Abdul Aziz ialah milik Siti Rohana. Ibu tunggal beranak empat itu aktif dalam politik dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada Abdul Aziz dan kini Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.
Sumber: myMetro , 4/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan