Torres setia bersama Liverpool
LIVERPOOL – Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mengakui dia akan kekal di Liverpool, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.
“Saya akan kekal di sini (Liverpool),” kata Torres semalam.
Sebelum ini, masa depan penyerang Liverpool itu menjadi tanda tanya selepas Chelsea dan Manchester City menyuarakan minat untuk mendapatkan khidmatnya pada saingan musim ini.
Begitupun, Torres, 26, hanya mengambil masa 24 jam selepas kembali ke Anfield untuk mengesahkan masa depannya bersama skuad The Reds.
Sumber: Kosmo! Online, 5/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan