PILIHANKU

TAJAAN

18 Jun 2010

AZRINAZ MAZHAR: Tinggal kenangan...?



Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang semalam. Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam kelmarian. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam kelmarian.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini),” kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman www.rtbnews.rtb.gov.bn.

Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz, 30, pada tahun 2005. Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang putera dan seorang puteri, yang masing-masing lahir pada 2006 dan 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan