PILIHANKU

TAJAAN

15 Jun 2010

CHEDET: TAK MAHU SAMAN BARRY ...?

Dr. Mahathir tidak akan saman Barry Wain

KUALA LUMPUR 14 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan menyaman penulis buku, Barry Wain yang mendakwanya telah membazirkan wang negara sebanyak RM100 bilion.
Beliau berkata, penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times dan penyokongnya boleh memperkatakan apa sahaja yang mereka suka mengenai dirinya.
''Pada pandangan saya, setiap ahli politik harus menerima semua pendapat sama ada menyokong atau menentang. Mereka harus menganggapnya sebagai perkara normal dan meneruskan kerja-kerja yang sedang dilakukan.
''Rakyat negara ini sahaja yang dapat menentukan sama ada tuduhan berkenaan adalah berpunca daripada keangkuhan pengkritik atau bersandarkan kebenaran. Saya hanya akan mengulas jika dirasakan perlu," katanya dalam blog http://chedet.co.cc. hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia Online, 15/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan