PILIHANKU

TAJAAN

08 Jun 2010

GEMAR PAKAIAN DALAM WANITA...?

Pembantu perubatan gemarkan pakaian dalam wanita ditahan

08/06/2010 6:59pm

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Pada mulanya, polis menyerbu rumah seorang pembantu kesihatan awam untuk mencari dadah, namun serbuan awal pagi ini di Marang telah membawa satu penemuan yang mengejutkan apabila beratus-ratus helai seluar dalam wanita dan beberapa helai coli, yang dipercayai dicuri, ditemui dalam almari lelaki bujang itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt. Roslan Abd Wahid berkata, serbuan dijalankan pada 2.45 pagi di rumah milik bapa lelaki itu di Kampung Rawai, Alor Limbat bagi mengesan beliau untuk satu kes dadah.

Roslan berkata, paling mengejutkan, lelaki berusia 39 itu mengaku suka mencuri dan menyimpan pakaian dalam wanita kerana gemar memakainya sejak di bangku sekolah menengah lagi, malah ketika ditahan, dia sedang memakai seluar dalam wanita.
"Tetapi fizikalnya tidak mencerminkan dia seorang pondan ataupun gay,” katanya.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu turut positif dadah metaphetamine dan dia ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Suntingan daripada Utusan Malaysia Online, 8/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan