PILIHANKU

TAJAAN

13 Jun 2010

ISRAEL PENYAMUN...?

2010/06/13

Tentera Zionis tak pulang wang sukarelawan Gaza

AMMAN: Tentera Israel bukan saja membunuh malah merompak wang tunai AS$3.5 juta (RM11.5 juta) serta merampas pelbagai peralatan milik aktivis misi bantuan Gaza selepas mereka diserang di perairan antarabangsa, 31 Mei lalu. 

Mangsa serangan flotila yang terselamat ketika bercakap kepada stesen televisyen Iran, Press TV, memberitahu komando Israel merompak wang tunai dan pelbagai peralatan anggota konvoi bantuan berkenaan.


Beratus-ratus aktivis melaporkan kehilangan wang tunai, komputer riba, telefon dan pakaian selepas dibebaskan Israel, minggu lalu. Dianggarkan 600 telefon bimbit, 400 kamera video dan 350 komputer riba masih ada di tangan tentera Israel pada masa ini.
Malah, seorang aktivis Itali, Manolo Luppichini yang berada dalam kapal Sfintoni-8000 mendakwa, kad kredit miliknya yang dirampas askar Israel didapati digunakan untuk membeli barang. 

Tentera Israel menyerang flotila berkenaan di Laut Mediterranean dan membunuh sekurang-kurangnya sembilan aktivis keamanan, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika Syarikat di kapal Mavi Marmara selain mencederakan 50 yang lain. 

Israel menahan sebelum membebaskan 700 aktivis dari 42 negara yang berada di atas kapal bantuan ketika ia cuba melepasi sekatan ke Gaza dan menyerahkan 10,000 tan bantuan kemanusiaan di wilayah yang daif itu. 

Sumber: Berita Harian Online, 13/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan