Kilang makanan campur produk halal, daging babi
SUNGAI PETANI 9 Jun - Perbuatan menyalahgunakan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) oleh syarikat pengeluar makanan seolah-olah tiada kesudahan.
Ini terbukti apabila sebuah kilang memproses kuetiau, mi, bebola dan kek ikan di Taman Sutra di sini, dikesan mencampurkan produk makanan yang mendapat kelulusan sijil halal Jakim dengan makanan berasaskan daging babi.
Tindakan pemilik kilang bukan Islam menyimpan produk makanan halal dan haram di dalam satu peti sejuk besar itu amat tidak bertanggungjawab kerana makanan keluaran syarikatnya dijual kepada pengguna Islam di negeri ini.
Sumber Jakim berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Putrajaya, Amri Abdullah bersama-sama dua orang pegawainya serta dua orang pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Sungai Petani membuat pemeriksaan mengejut pada pukul 11.30 pagi hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati, kilang terbabit tidak pernah memohon sijil halal Jakim bagi produk makanan yang dihasilkan.
Sumber: Suntingan daripada Utusan Malaysia Online, 10/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan