Meraung depan arwah anak, isteri
Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/06/09
SEORANG anak Afrah Sulong, 54, tidak dapat menahan kesedihan meratapi kematian kakak, adik dan anak saudara dalam kemalangan ngeri babitkan enam sekeluarga di Pekan, semalam.
PEKAN: Seorang kontraktor yang kehilangan isteri, empat anak serta adik ipar dalam kemalangan ngeri di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat, malam kelmarin, meraung sebaik melihat jenazah terbujur kaku setibanya di Bilik Mayat Hospital Pekan, awal pagi semalam.Saudi Sulaiman, 40, tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat mayat isterinya, Norfaezah Mansor, 31, dan empat anaknya, Nor Safiana Atikah, 10; Nor Sahera Atikah, 13; Nor Suhaila Asirah, 7, dan Md Shahrul Amir, 3, serta adik iparnya, Mohd Saiful Anwar, 14.
Sumber: Berita Harian Online, 9/6/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan