PILIHANKU

TAJAAN

09 Jun 2010

AFGHANISTAN: Dua Lagi Askar NATO Terbunuh...?

Dua lagi askar NATO terbunuh di Afghanistan


2010/06/09

KABUL: Dua lagi askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terbunuh semalam, sehari selepas 10 maut berikutan beberapa siri serangan kelmarin. 

Askar yang maut semalam terkena bom ditanam di tepi jalan di selatan Afghanistan, kata Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa NATO dalam satu kenyataan semalam.
Kelmarin tujuh askar Amerika Syarikat, seorang askar Perancis dan dua askar Australia maut dalam beberapa serangan, menjadikan hari berkenaan paling berdarah sejak 11 askar Perancis terbunuh pada Ogos 2008.



Berdasarkan perangkaan laman web bebas icasual-ties.org, 247 askar asing terbunuh di Afghanistan setakat ini tahun ini. Tahun lalu 520 tentera asing terbunuh di negara bergolak itu. 

Selain korban tentera itu, dua kontraktor asing – seorang daripadanya rakyat Amerika Syarikat, terbunuh dalam serangan bunuh diri ke atas pusat latihan polis Afghanistan di bandar selatan, Kandahar kelmarin, kata kedutaan Amerika Syarikat. 

Pergerakan Taliban yang digulingkan oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat pada 2001 sudah meningkatkan serangan untuk mengusir kira-kira 130,000 tentera asing dari Afghanistan. – AFP 

Sumber: Berita Harian Online, 9/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan