PILIHANKU

TAJAAN

10 Jun 2010

SEGI TIGA BERMUDA: Sains atau Mitos...?

Segi Tiga Bermuda

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Imej NASA menunjukkan sempadan popular Segi Tiga Bermuda

Segi Tiga Syaitan
Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat malapetaka semula jadi. Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing.  Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya.[2][3][4]
ANTARA PERISTIWA ANEH:-

USS Cyclops

Rencana utama: USS Cyclops (AC-4)
Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops di bawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas belayar dari Pulau Barbados. Teori kemungkinan ribut, karam dan aktiviti musuh mungkin menyebabkan peristiwa ini.[18][19]

Douglas DC-3

Rencana utama: Kehilangan NC16002
Pada 28 Disember1948, sebuah pesawat Douglas DC-3 bernombor NC16002, telah hilang semasa dalam penerbangan dari San Juan, Puerto Rico ke Miami. Tiada kesan pesawat atau 32 orang penumpang di atas kapal pernah dijumpai. Berdasarkan dokumen yang disusun oleh penyiasat Badan Penerbangan Awam, kunci pada kemungkinan kehilangan pesawat telah dijumpai, tetapi jarang disentuh oleh penulis-penulis Segi Tiga Bermuda: bateri pesawat telah diperiksa dan didapati memiliki cas yang rendah, tetapi  telah diperintahkan dipasang semula pada pesawat tanpa dicas semula oleh juruterbang semasa berada di San Juan.

Sumber: Ubah suai daripada Wikipedia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan