PILIHANKU

TAJAAN

12 Jun 2010

URUT TERLAMPAU: 4 wanita asing ditahan...?

Gadis urut kaut RM1,200 sehari

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my
2010/06/12
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang menjadi tukang urut dan pada masa sama menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mampu menjana pendapatan mencecah RM1,200 sehari.
TAHAN...gadis urut warga asing yang ditahan, kelmarin.
TAHAN...gadis urut warga asing yang ditahan, kelmarin.
Ini terbukti apabila empat wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat refleksologi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, yang turut menawarkan khidmat urutan ‘Body to Body’ atau B2B kepada pelanggan dengan harga RM150 sekali perkhidmatan ditahan selepas pusat itu diserbu malam kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 11 malam itu dibuat sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) sebaik menerima maklumat awam.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata hasil serbuan itu, empat orang wanita warga asing iaitu tiga orang warga Thailand dan seorang warga China ditahan kerana didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.

Beliau berkata, semua mereka dipercayai mengurut pelanggan dengan berbogel.
Sumber: Harian Metro Online, 12/6/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan