Seorang maut 30 cedera keretapi tergelincir
07/08/2010 2:56am
NAPLES 7 Ogos - Sebuah kereta api tergelincir di selatan Itali menyebabkan seorang penumpangnya terbunuh manakala 30 lagi dilaporkan mengalami cedera parah.
Kereta api empat gerabak yang dalam perjalanan ke bandar ini itu tergelincir ketika tiba di kawasan pinggir sebelum sempat tiba di ke destinasinya.
Pihak berkuasa yang ditemui berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian namun tidak menolak kemungkinan kereta api berkenaan dipandu terlalu laju. - AP
Sumber: Utusan Malaysia Online, 7/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan