Gambar rusuhan terdahulu
Baju Merah lancar demonstrasi baru
02/08/2010 2:34am
BANGKOK 2 Julai – Beratus-ratus orang penunjuk perasaan Baju Merah mengingkari perintah berkurung di ibu negara Thailand ini semalam apabila mengadakan demonstrasi simbolik dengan berbaring di tanah sambil berteriak `Di sini orang mati’.
Tunjuk perasaan itu diadakan di Monumen Demokrasi secara aman, tetapi memberi petunjuk terbaru kemarahan masih membuak dalam kalangan mereka sejak tentera merempuh kem kumpulan antikerajaan 19 Mei lalu yang mengorbankan 90 orang.
Sementara itu, media Thailand melaporkan, sebiji bom yang tidak meletup ditemui di tempat pembentungan di bawah pejabat Perdana Menteri. – AP
Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 2/7/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan