PILIHANKU

TAJAAN

02 Ogos 2010

BALAI POLIS DIBAKAR...?

Balai polis Kashmir dibakar

02/08/2010 2:34am

SRINAGAR 2 Julai – Penunjuk perasaan anti-India membakar sebuah balai polis di wilayah Kashmir, India yang mencetuskan beberapa letupan dan menyebabkan empat orang terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera.
Menurut polis, sekumpulan penunjuk perasaan  menyerang balai di kampung Khrew, kira-kira 20 kilometer ke selatan Srinagar, memaksa polis melarikan diri.
“Mereka kemudiannya membakar balai itu dan menyebabkan sebahagian bangunan itu musnah,” kata pegawai polis kanan kepada AFP menerusi panggilan telefon.
Tambahnya, sekurang-kurangnya empat orang penunjuk perasaan terbunuh dan mungkin ramai lagi yang tertimbus di bawah runtuhan. – AFP

Sumber: Ubah suai daripada Utusan Malaysia Online, 2/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan