BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya
berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak
apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung
minggu lalu.

Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik
lebih mendalam sebelum membongkarkan rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas
datuk tirinya.

Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan
merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.

Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa
dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tinggal
bersama-sama nenek serta datuk tiri sejak 2005 dan diperlakukan perbuatan terkutuk itu ketika pulang
bercuti dari asrama pada hujung minggu.

Menurutnya, ketika bertemu ibunya yang melawat asrama Jumaat lalu, mangsa bagaimanapun
memberitahu dia tidak mahu pulang ke rumah neneknya lagi dan perkara itu menimbulkan
kecurigaan kepada wanita terbabit.

Sumber: myMetro, 5/8/2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan