PILIHANKU

TAJAAN

05 Ogos 2010

POLIS KAJI SAMAN EKOR...?

PDRM kaji kadar saman ekor

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Pesalah trafik yang mempunyai saman ekor tertunggak mungkin boleh mengharapkan berita baik apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang mengkaji untuk menetapkan kadar saman bersesuaian.
Menurut sumber, PDRM kini sedang berbincang dengan beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Dalam Negeri untuk tujuan itu.
Katanya, selain itu, PDRM juga berbincang bagi mencari kaedah terbaik untuk melaksanakan saman tersebut.
“Kita sedang berbincang dengan JPJ dan kementerian. Buat masa ini, kita (PDRM) tidak boleh memberikan kata putus pengurangan kadar saman kerana melibatkan agensi lain.
“Segala keputusan masih dalam proses perbincangan bagi penyesuaian dengan penguatkuasaan lain (JPJ),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan agar saman ekor dikaji semula berikutan banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai mengenai kaedah pelaksanaannya.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 5/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan